Tuesday, October 15, 2013

Sujud Syukur

Sujud Syukur --
 Apakah Sujud Syukur Itu ?
Sujud Syukur ialah sujud yang dilakukan untuk menyatakan rasa terima kasih atas nikmat Allah Subhanahu wa Ta�ala, juga sujud apabila mendengar atau melihat berita yang menggembirakan dan terselamat atau terlepas dari malapetaka / bala bencana.
.
Sesetengah ulama� menyarankan Sujud Syukur dilakukan sebanyak 2 kali, terutama apabila terselamat dari maut akibat kemalangan, malapetaka atau bencana alam. Sujud pertama adalah sujud taat manakala sujud ke-dua menunjukkan kesyukuran. Sujud ini hanya dilakukan di luar solat. Bacaannya boleh juga sama seperti bacaan �Sujud Tilawah�.

Hukum Sujud Syukur

Jumhur ulama berpendapat bahawa sujud syukur itu adalah sunat berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdur Rahman bin Auf katanya: �Sewaktu Nabi Shallallahu �alaihi wasallam keluar menuju ke dalam bangunan-bangunan tinggi lalu memasukinya. Kemudian Baginda menghadap kiblat dan sujud, dan memanjangkan sujud Baginda. Kemudian Baginda mengangkat kepalanya seraya bersabda: �Sesungguhnya Jibril mendatangiku dan memberi khabar gembira kepadaku. Jibril berkata:�Sesungguhnya Allah mengatakan kepada engkau: �Siapa yang memberi selawat ke atas engkau Aku akan memberi selawat kepadanya dan siapa yang memberi salam kepada engkau, Aku akan memberi salam kepadanya� Lalu saya bersujud sebagai tanda syukur kepada Allah.� (Hadis riwayat Imam Ahmad)

1.  Syarat Sujud Syukur

  1. Berwuduk
  2. Berdiri menghadap kiblat.
  3. Berniat. �Daku bersujud syukur kerana Allah Ta�ala�.
  4. Takbiratul-ihram.
  5. Bersujud menyentuh bumi atau lantai.
  6. Dengan sekali sujud sahaja.
  7. Bertakbir seiring bangun dari sujud.
  8. Memberi salam.
.

2.  Syarat Syukur

  1. Mengakui nikmat itu dengan hati.
  2. Mengucapkan secara lisan �Alhamdulillah�.
  3. Gunakan nikmat itu untuk melaksanakan ketaatan pada Allah.

3. Bacaan Sujud Syukur:


�Aku bersujud kepada Allah yang menjadikanku, memberikan pendengaranku dan penglihatanku dengan Kekuasaan-Nya dan Kudrat-Nya. Maka Maha Suci Allah, Dialah sebaik-baik pencipta kejadian.�


Sumber : http://shafiqolbu.wordpress.com/2012/09/24/sujud-syukur/

No comments:

Post a Comment